TeRbArU.....:)

Sunday, April 17, 2011

Tips Cantik Dengan Kos Yang Murah

Sometimes bukan semua produk moden itu sesuai dengan kita..Sudahla harganya mahal,mungkin juga ada long term side efeect. Ini adalah antara petua yang boleh kita cuba bersama:-

1. Masalah Rambut Gugur

Rendam kacang hijau semalaman. Lepas itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.


2. Kepala Gatal Akibat Kelemumur


Ah, geram rasanya kalau kulit kepala terlalu gatal akibat kelemumur. Untuk mengatasi masalah ini, perah air l;imau purut tersu ke atas kepala. Kemudian, urutlah kulit kepala dan ratakan air ini dengan sempurna. Memang ia akan menimbulkan sedikit rasa peih tetapi ia bertindak bagus untuk memerangi masalah kelemumur. Biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil yanglebih baik, perapkan rambut anda dengan tuala. Selepas itu, cuci dengan air suam.
Ini aku biasa cuba mmg berkesan. Next is bagaimana untuk kempiskan perut...


3. Kempiskan Perut

Ini juga petua yang aku paling suka..Ambil satu atau dua keping asam keping. Masukkan ke dalam segelas air panas. Biarkan beberapa jam sehingga asam keping ini mengembang dan air mulai suam. Amalkan minum air ini setiap pagi dan malam. Perut yang buncit akan mula menyusut sedikit demi sedikit..insyaallah.. Manakala untuk mereka yang xkenal asam keping bolehla google..;p

4. Licinkan Kulit Muka



Ambil lebih kurang 1sm kunyit hidup dan hancurkan. Kemudian, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan kering macam mask dan lakukan setiap hari sebelum tido..


dan petua yang akhir sekali aku nak share hari ini adalah bagaimana untuk kekal awet muda. Tips ini aku belum pernah cuba tetapi akan cuba mulai sekarang rentetan umo yang sentiasa berlumba-lumba dengan waktu itu..


5. Awet Muda Sentiasa

Selepas bangun tido, urutlah wajah korang dari bawah dagu hingga ke atas dahi. Dalam masa yang sama, anda harus berselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali. Amalkanlah setiap hari, Insyaallah korang akan kellihatan awt muda sentiasa.

Thursday, April 14, 2011

BILA KITA TIDAK LAGI DIPERLUKAN

Hurm...dilema kekasih lama dan baru..;(



Bunyinya agak sedih apabila da tiba masa untuk kita berubah kepada sesuatu yang baru dan meninggalkan sesuatu yang telah hampir sebati dengan diri ini..

Lagi sedih apabila orang2 disekiling asyik mengatakan bahawa kita tidak lagi akan berada di tempat lama dan beria-ria menyatakan kita akan ke tempat baru..sebarang keputusan tunggulah bila da p tempat baru..Sedangkan kita sendiri pun xtau samada kita akan ditempatkan di tempat baru atau tidak..

Hurmmm...xpela terima semuanya seadanya sekiranya kita memang dah tidak diperlukan di tempat ini baik kita undur diri sebelum terjadi pemberontakan macam apa yang sedang terjadi pada hosni mubarak dan gadafi..

Wednesday, April 13, 2011

COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI

Last fortnight aku dan mr bobby take a chance p berlibur kononyer semepna birthday Mr. Bobby..destinasi yang dipilih adalah Colmar Tropicale memandangkan ia adalah highly recommended dari opismateku..

Sedikit review yang boleh aku buat adalah berkenaan tempat ni..sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin mendapat suasana seperti di kota l0nd0nke pernciske dan sebenua dengannya, juga sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu dan inginkan privacy kerana pengunjung disini yang tidak ramai..tetapi untuk mereka yang ingin membawa anak2 untuk bersukaria atau bercuti di hujung minggu mungkin perlu pertimbangkan kembali kerana tidak banyak aktiiti yang boleh dilakukan disini.


Untuk tatapan bersama, beberapa pichas pemandangan sekitar Colmar Tropicale Bukit Tinggi:-


~~~~Pemandangan dari pintu masuk~~~



~~~Dua pasang angsa yang paling famous disini~~



That's all untuk percutian kali ini..