TeRbArU.....:)
Friday, December 7, 2012
Nak Cepat..
Assalamualaikum,
Setelah sekian lama, akhirnya jari jemari ini mampu dilembutkan untuk menaip sepatah dua..hasil nukilan rasa yang terbit dari hati yang kecil..
Nak cepat..sentiasa bermain di benak fikiran kita..Contohnya :
Situasi 1 : dalam perjalanan ke tempat kerja
..
Ada pihak yang menentang arus semata2 kerana ingin mengelakkan punch card berwarna merah walaupun menyedari bahawa tindakan tersebut bukan sahaja akan menimbulkan perasaan amarah pada orang lain tetapi juga turut melibatkan keselamatan nyawa..
Situasi 2 : di tempat kerja
Adakalanya kita ingin mudah dan cepat sehinggakan lebih mudah mendapatkan nombor teefon pihak yang ingin dihubungi dari rakan sekerja daripada mendapatkannya dari buku panduan telefon..Sedangkan setiap dari kita pastinya disediakan maklumat direktori samada secara online mahupun cetakan..
dan pelbagai keadaan lagi, sedar atau tidak ini hanyalah beberapa senario yang sering kita hadapi. Tapi pandangan aku adalah xkisahlah nak cepat atau lambat selagi tidak menyusahkan orang lain dan tidak membebankan orang lain itu tidak menjadi masalah..Ini kerana bagi aku orang yang paling aku xsuka adalah orang yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Tindakan sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan pihak yang satu lagi tersebut mungkin rasa terbeban dan hargailah masa orang lain sepertimana kita sangat menghargai masa kita.. ;)
Sekadar luahan hati seseorang yang memerhati..dan sebagai panduan semoga dijauhkan sikap ini..Amin..
Yang penting hidup mesti enjoy.. :)